Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers

Thursday, December 1, 2011

Service perodua yang hampeh di Putrajaya

Citer ni dah basi...hehhehhe..bulan bape tak hengat. Myvi tu bunyi2, so kami pi anto perodua service suh check, macam2 plak yg berlaku. hangin jek rasa. Bila dah setel jek, tak puas hati, ummi terus email HQ lah complaint kow kow nye. O bawah ni email yg di tulis.

HQ perodua mmg best. terima complaint hari yang sama call ummi balik and tanya bebetuk apa yg berlaku. Esoknye baru lah produa servis putrajaya call mintak maaf sume....aparah.....maaf jek ? bglah servis free ke...hehehehehehe

Assalammualaikum,

Saya ingin meluahkan rasa dukacita di atas perkhidmatan yang diberikan oleh servis center perodua Putrajaya ini. Saya telah 4 kali berulang ke servis center ini untuk memperbaiki kerosakan kereta saya yang masih dalam jaminan servis.

Hari Pertama
Saya membuat panggilan untuk bertanya tentang kerosakan kereta. Penerima panggilan meminta saya dating ke servis center pada bila2 masa untuk pemeriksaaan kereta tanpa perlu membuat temujanji (kesilapan besar saya lupa untuk bertanya dengan siapa saya bercakap). Katanya nanti akan ada mekanik yang akak membuat pemeriksaaan. Maka saya terus pergi ke servis center seperti yang di arahkan. Setibanya di sana, setelah memberitahu masalah kereta kepada pekerja yang berada di kaunter, saya di arahkan untuk membuat temujanji pula untuk pemeriksaan kereta. Tanpa temujanji kereta saya tidak boleh diperiksa. Kenapa tidak suruh saya terus membuat temujanji (semasa saya membuat panggilan ) untuk membuat pemeriksaaan , sebaliknya suruh saya datang terus ke servis center. Ini telah membuang masa saya.

Hari Ke-2
Saya  menghantar kereta ke servis center pada waktu pagi. Selepas proses biasa dan mendapat resit, saya tinggalkan kereta saya untuk pemeriksaan dan pembaikan yang melibatkan skimming disc brake. Pada waktu tengahari, saya menerima panggilan daripada servis kerete mengatakan kereta saya telah di perbaiki dan saya boleh datang ambil kereta. Saya tiba di sana dalam pukul 1.30 pm. Ketika bertanya untuk mengambil kereta, saya di beritahu pekerja sedang berehat dan di minta datang sekali lagi selepas pukul 2pm. Saya paham pekerja ingin berehat, tetapi kenapa di hadapan pintu  masuk servis tiada di tulis waktu berehat ? dan kenapa semasa panggilan dilakukan tidak di beritahu waktu sesuai yang boleh saya datang untuk mengambil kereta ? Setelah di pandu uji, ada 1 lagi masalah yang masih belum di perbaiki. Setelah bertanya kepada mekanik, dia mencadangkan untuk tukar bearing kereta. Tetapi hanya boleh dilakukan pada keesokan hari. 1 lagi temujanji dilakukan.

Hari ke -3
Seperti hari ke-2, saya sekali lagi ke servis center untuk menghantar kereta. Saya dimaklumkan akan di hubungi selepas kereta saya siap di perbaiki. Tetapi sehingga pukul 5.15 petang tiada panggilan yang diterima. Saya membuat panggilan dan diberitahu kereta saya sudah siap dan mereka terlupa untuk menghubungi saya. 10 minit kemudian, saya menerima panggilan dari servis center mengatakan kereta saya baru sahaja siap dan samaada saya ingin mengambil kereta hari ini atau keesokan hari ? Bukan ke saya dah hubungi dulu bertanyakan kereta saya ? kenapa ada orang lain pula yg hubungi tanya bila saya hendak ambil kereta saya ? 1 lagi pandu uji dilakukan untuk memastikan masalah di alami tiada lagi. Malangnya saya dapati stereng kereta senget walaupun kereta meluncur tegak. Kenapa mekanik tidak perasan perkara ini ? Bukan ke perkara biasa yang perlu dilakukan oleh mekanik adalah untuk memastikan kereta berada dalam keadaan baik selepas di perbaiki terutamanya apabila pembaikan yang melibatkan tayar dilakukan ? Apabila minta diperiksa, alasan yang di terima ialah mekanik telah pulang. Sekali lagi saya di minta untuk membuat 1 lagi temujanji keesokan hari utk perbetulkan keadaan stereng kereta ?

Hari ke-4
Hantar kereta ke servis center untuk perbetulkan keadaan stereng. Menunggu di sana sementara stereng kereta di betulkan.

Saya amat berharap keadaan seperti ini boleh di perbaiki di masa hadapan. Saya banyak membuang masa berulang alik ke pusat servis untuk memperbaiki kerosakan kereta yang saya rasa boleh di selesaikan dalam tempoh satu hari sekiranya pemeriksaan menyeluruh di lakukan oleh pekerja yang bertugas. Ini adalah pusat servis ke-2 yang saya lawati dan amat berdukacita dengan pekhidmatan yang disediakan. Sebelum ini saya pernah menggunakan servis di Batu Caves dan amat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Selang beberapa hari selepas servis, saya akan mendapat panggilan bertanya keadaan”post-service” kereta saya.

Sekian Terima Kasih

Wednesday, November 30, 2011

Dating night

Sometimes, ummi and adam akan luangkan masa untuk pergi dating berdua sahaja. Kalau ummi nak dating berdua ngan babah, adam bising betul tak kasik. kena curik2 dating masa waktu kerja. kalau tidak mmg takde can lah.

So ari tu kami pi Garden kat alamanda. Tu pun sebab before that perasan kedai tu masa nak tengok wayang ari tu. Decoration kedai tu cantik sangat, memang macam kat garden. yang paling best ada buai. Sambil makan boleh naik buai...hehehehehehhe



adam tanya kenapa minum air dalam jug...

kid meal, spaghetti bolognaise

ummi punye, club sandwich

overall food dia ok lah. Boleh lah masuk and makan. Price range standard restaurant lah kan, but luckily ada 10% corporate discount. Adam suka datang sini. Next time kita datang lagi ok.


Chow Chiowwww

Tuesday, November 29, 2011

I Am A MAN !!!!!

woweeeeee.....cam gempak jek title...heheheheheheh...

well...dari awal tahun we all dah borak2 ngan adam tentang sunat ni. So adam pun dah paham sunat tu apa bende sumenya. Tanya punya tanya, last2 dia kata dia nak sunat. Bila orang dah offer jangan ditolak and kitorang pun tak paksa adam.

Survey punya survey ada 2 jenis sunat. 1 pakai laser, 1 lg pakai smart clamp. Menurut kata nurse tu kalau pakai laser still kena jahit and penjagaan agak susah. Yang smart clamp ni plak, takde jahit2 and senang nak di jaga but mahal sket lah. Lepas byk surevy we all decide buat kat An-Nur bangi. Smart Clamp dengan General surgeon RM350. So kitorang set tarikh 25 Dec 2011, pukul 8 malam.







Sebelum sampai klinik, singgah dulu di Petronas, beli lolipop. Sebabnya, adam ada tgk episod Upin Ipin bersunat. Upin makan lolipop sambil doktor sunatkan dia and then Upin kata sakit sikit jek...hehehehehehehe.

Bila sampai klinik, ada dah a few yg tgh tunggu turn. Adam org yg paling kecik sekali. Muka bebudak lain cuak jek...hehehe yang si Adam ni boleh buat muka happy sambil makan lolipop...hehehehehehe. Lepas daftar sume, nurse suh pegi tgkt 1 tunggu turn. Kejap jek tunggu, nurse suh masuk bilik. babah terus baringkan adam atas katil, lolipop masih di mulut lagi.

We all ada record the entire process, tp takkan nak show to public kan. For the first time, mmg horror gak tgk. Nasib baik bius sume, so tak sakit lah masa dr memotong apa yg patut kan. Kalau ummi tau camni, masa baby lagik ummi sunatkan adam. so adam takyah go thru this process. Entire process makan masa dalam 10 minit jek, darah pun sikit jek yg keluar. Lepas setel dr bekalkan ubat tahan sakit ngan lebihan kulit yang di potong. Ada lg kulit tu, nak tanam lupa jek...heheheheheheh

Kalau org lain sume pakai kain sambil jalan terkedek2, adam yang kecik ni kami pakaikan seluar and babah dukung jek terus...heheheh so cepat lah sikit gerak. Sampai umah, bius ada lg so dia bleh senyum lg. start kul 12 malam dia dah merengek dah, sakit katanya kat tempat bius. tempat potong tak sakit pun. The entire night dia dapat tido kejap2, itu pun kami buka kan seluar dia kasik kena kipas so dia lega sket. datang sakit balik nangis lah dia. Kul 3 pg, bg ubat tahan sakit sekali lg, and dlm kul 5 pg baru dia ckp dah tak sakit and dia nak tido. tahan lah sampai kul 8 pg. Ummi ngan babah dah sakit kepala sebab tido terjaga2 sepanjang malam.

Siangnya dia sakit lg, nak bg ubat belum waktunya lgagi. Last resort kami rendam kan adam dalam besen...hehehehehe....sebab bebird tu menegecut and dia tak sakit lg. Rendam lah dia dalam tu sampai kecut ...kekekek yg penting adam tak sakit lg. Pegi mana2, babah tolong dukung, dia main order jek nak apa2.

Malam 2nd day, dah bleh tido agak aman walaupun dia masih merengek tp takleh seteruk malam pertama tu. Malam kedua pun kami kasik bukak seluar and bebird free air, so lega sket. yang bestnye, baru malam ni babah teringat zaman dia kecik2 dulu masa sunat, bila sakit guna tempurung kepala ketuk lutut. Dah takde tempurung kami guna mangkuk ikea yg kecik tu. Satu keje malam tu laki bini duk mengetuk lutut sorang sebelah bila adam merengek sakit...hehehehehehehehe

Now adam dah boleh jalan sendiri, tp slow2. Rabu ni nak pegi klinik balik untuk bukak clamp tu. Hopefully nanti senanglah nak bukak. kalau tak jadik cerita lain plak nantinya.

bius masih ada skit2 masa ni

Friday, October 21, 2011

Kidz on Board at MMU...

last 2 weeks MMU ada konvo..ada colouring contest for kids. So MMU dah select a few kindergartens untuk join including Real Kids Cyberjaya...Ummi ngan babah takleh nak visit sebab Cik jol ckp parking susah..org tgh Convo lah katakan. So Cik Jol jadik wakil untuk Ummi tgk adam...

Glad to say ....adam win no 3...dalam categori sekolah dia. Nak kasik adil setiap sekolah ada no 1-3. Ok lah tu ....kira ada status kejayaan dia situ....I am so proud of you adam..next time boleh dapat no 1 ok...hehehehe...

sungguh2 adam buat colouring..abis dulu tu...hehehe


ramai bebudak dari few schools

congrats adammmm

Thursday, October 20, 2011

Adam's Dictionary


ada a few words yg Adam sebut and kitorang tak paham apa maknanye. And sometime ayat penuh dia amatlah kelako...Ini lah bahananya bila dia dengar words tu first time and bila dia nak sebut balik dia main belasah jek...Antaranya ialah :-


Chow Chioww = Cincau
Ayat Adam : ini nama dia air Chow Chioww kan ummi ???

Anak Panah = Anaconda
Ayat Adam: ummi ingat tak citer Anak Panah yg kita tengok dulu..alal yg ular besarrrrrrrrrrrr tuuu!!!!

Spesies = Sepesen
Ayat Adam : Ummi, muka kakak tu cam penah tengok lah...spesies muka ummi.....

Nampak Muda  (dikala dia melihat nenek pakai seluar)
Ayat Adam : sape tu ummi ? nenek ke ? nampak lain lah, nampak muda...cantik.....

Kakak = Nenek
Ayat Adam : mana nyaei..eh...ermmm....kakak yang dengan atuk tadik ek ummi ?

Majalahlah lawak = Maharaja Lawak
Ayat Adam : Adam ni kelakar tau...adam boleh masuk majalahlah lawak tau......

Tersepit
Ayat Adam : adam nak tidur ngan atuk...tapi atuk tu macam tak sedar jek ada orang kat tengah2...tersepit adam....tak best lah..nak tido ngan ummi boleh?....

Edisi Kes = Edisi Khas
Ayat Adam : Ummi..cepat cerita Edisi Kes dah start ni......

Petromas = Transformers
Ayat Adam : Ummi isi minyak kan..adam nak beli petromas tau (isi minyak bleh beli transformers toys rege murah)

ada lagi tp dah terlupa...akan di update bila ingat balik....

Wednesday, September 21, 2011

Arf & Craft contest....

fuyoooo...bunyi cam gempak jek kan..contest tu...Adam masuk contest tu...heheheheh

Well actually hari tu adam menang colouring contest dekat sekolah dia. So teacher select dia utk masuk Art & Craft contest under 6 years old category. The theme is "Cartoon Character". Adam sgt lah seronok pabila di kata kalau menang dia dapat hadiah.

OK..this is a big problem. Ummi ngan babah ni mmg tangan kayu ok. Kalau tak takkan lah Cik Yat ngan Cik Ain kutuk habis-habisan creativity ummi mendesign kek adam kan....muahahahahahahhaha. Camne lah adam bleh masuk contest melukis plak ni. Busuk giler ummi ni kan tak yakin dengan kebolehan adam sendiri...heheheheh..

Pikir ummi pikir...camne ni. Ummi suggest lukis gambo Sponge Bob jek. Sebabnya ummi rasa tu yg paling senang kot. Adam pun ok jek. Lagi mau ummi tunjuk camne nak lukis. Aiseh man...camno ni..Kita google dulu....."How to draw sponge bob"..YESSSSS...tq pak google. Kasik print and tunjuk kat adam.

Pass paper tu kat adam and suruh adam tgk . Ummi tlg teman adam and tunjuk apa yg patut jek lah ek adam. Ummi tak gheti sgt pungs..Mau jadik bende lain kalau umi lukis nanti. Yang si adam ni plak, asal suh praktis dia malas..balik2 alasan dia "Adam tau lukis lah ummi, adam ingat dah kaler2 sponge bob". wokay lah, if you say so baby..

Finally, masa sudah tiba. 18 Sept 2011 di Sunway Pyramid , 6.00pm. Kul 4pm dah sampai dah. Takut lambat punye pasal, pegi makan dulu baru pegi register kan adam. Oooo by the way, they all akan lukis atas T-shirt and bukannye kertas biasa..nak lain dari yg lain lah kot.

 Unfortunately Adam tak menang. It's ok Adam. Ummi tak kisah and ummi still proud of Adam. Ini kira good exposure utk adam and you are one of a lucky boy to have this opportunities...heheheheh. Since adam has the courage utk masuk contest ni, ummi lah yang belikan hadiah utk adam. Dapatlah dia phone holder angry bird kegemaran dia...heheheheh..

layanlah gambo semasa contest tu ek...








Chow Chiowww

Tuesday, September 20, 2011

Gym or Jean ???

Hari ni Adam ada concert rehearsal dekat Club Community. Last week teacher ada bagi memo regarding this rehearsal. Even semalam pun teacher wendy dah remind kat ummi suruh send Adam straight to Club Community hari ni.

So pagi tadi lepas mandi, Babah pakaikan Adam school uniform as usual

Adam : Bukan baju ni Babah. Teacher kata pakai Jean..


Babah : yeke ummi ?


Ummi : Takkan lah teacher suruh pakai suar Jean. Hari ni still school cuma Adam pegi rehearsal dekat club community sahaja.


Adam : taklah ummi. Teacher says pakai Jean. Adam tak tipu...


Ummi : Takdelah....pakai jek uniform dulu. Nanti Adam bawak spare suar Jean, kalau betul baru tukar ok.


Adam : ummi ni......

Sekali sampai jek kat community club tu ...

Ummi : (dalam hati)...alamak....bebudak ni pakai baju sport lah plak..


Adam : (muka dah tarik muncung dah...)


Teacher Wendy : Hi, morning


Ummi : Morning, Adam says today kena pakai suar Jeans , betul ke ?


Teacher Wendy : Jeans ???...oooooo GYM...not jeans...


Ummi : Alamak...I heard Adam ckp Jeans..(masa ni adam duk luar pintu takmo masuk dah..matilah ummi camni....). I tak terpikir plak baju GYM...heheheheh


Teacher Wendy : Its ok...takpe...Adam...jom masuk..its ok...


Ummi : Its ok Adam. Teacher tak marah...(adam dah nak start lari dah ni....sempat Teacher Wendy tarik peluk dia masuk..and ummi terus lari sebelum adam buat drama kat situ)

Matiklah ummi. Sure Adam bebel ptg ni ngan ummi. Sorry yerk sayang..Ummi pekak sket pagi ni..huhu...malam ni ummi banjer Adam makan best. Nak makan apa pungs makan lah ek...I love youuuuu..


ni lah baju GYM ummi...bukan Jean.....

Chow Chioww