Thursday, December 1, 2011

Service perodua yang hampeh di Putrajaya

Citer ni dah basi...hehhehhe..bulan bape tak hengat. Myvi tu bunyi2, so kami pi anto perodua service suh check, macam2 plak yg berlaku. hangin jek rasa. Bila dah setel jek, tak puas hati, ummi terus email HQ lah complaint kow kow nye. O bawah ni email yg di tulis.

HQ perodua mmg best. terima complaint hari yang sama call ummi balik and tanya bebetuk apa yg berlaku. Esoknye baru lah produa servis putrajaya call mintak maaf sume....aparah.....maaf jek ? bglah servis free ke...hehehehehehe

Assalammualaikum,

Saya ingin meluahkan rasa dukacita di atas perkhidmatan yang diberikan oleh servis center perodua Putrajaya ini. Saya telah 4 kali berulang ke servis center ini untuk memperbaiki kerosakan kereta saya yang masih dalam jaminan servis.

Hari Pertama
Saya membuat panggilan untuk bertanya tentang kerosakan kereta. Penerima panggilan meminta saya dating ke servis center pada bila2 masa untuk pemeriksaaan kereta tanpa perlu membuat temujanji (kesilapan besar saya lupa untuk bertanya dengan siapa saya bercakap). Katanya nanti akan ada mekanik yang akak membuat pemeriksaaan. Maka saya terus pergi ke servis center seperti yang di arahkan. Setibanya di sana, setelah memberitahu masalah kereta kepada pekerja yang berada di kaunter, saya di arahkan untuk membuat temujanji pula untuk pemeriksaan kereta. Tanpa temujanji kereta saya tidak boleh diperiksa. Kenapa tidak suruh saya terus membuat temujanji (semasa saya membuat panggilan ) untuk membuat pemeriksaaan , sebaliknya suruh saya datang terus ke servis center. Ini telah membuang masa saya.

Hari Ke-2
Saya  menghantar kereta ke servis center pada waktu pagi. Selepas proses biasa dan mendapat resit, saya tinggalkan kereta saya untuk pemeriksaan dan pembaikan yang melibatkan skimming disc brake. Pada waktu tengahari, saya menerima panggilan daripada servis kerete mengatakan kereta saya telah di perbaiki dan saya boleh datang ambil kereta. Saya tiba di sana dalam pukul 1.30 pm. Ketika bertanya untuk mengambil kereta, saya di beritahu pekerja sedang berehat dan di minta datang sekali lagi selepas pukul 2pm. Saya paham pekerja ingin berehat, tetapi kenapa di hadapan pintu  masuk servis tiada di tulis waktu berehat ? dan kenapa semasa panggilan dilakukan tidak di beritahu waktu sesuai yang boleh saya datang untuk mengambil kereta ? Setelah di pandu uji, ada 1 lagi masalah yang masih belum di perbaiki. Setelah bertanya kepada mekanik, dia mencadangkan untuk tukar bearing kereta. Tetapi hanya boleh dilakukan pada keesokan hari. 1 lagi temujanji dilakukan.

Hari ke -3
Seperti hari ke-2, saya sekali lagi ke servis center untuk menghantar kereta. Saya dimaklumkan akan di hubungi selepas kereta saya siap di perbaiki. Tetapi sehingga pukul 5.15 petang tiada panggilan yang diterima. Saya membuat panggilan dan diberitahu kereta saya sudah siap dan mereka terlupa untuk menghubungi saya. 10 minit kemudian, saya menerima panggilan dari servis center mengatakan kereta saya baru sahaja siap dan samaada saya ingin mengambil kereta hari ini atau keesokan hari ? Bukan ke saya dah hubungi dulu bertanyakan kereta saya ? kenapa ada orang lain pula yg hubungi tanya bila saya hendak ambil kereta saya ? 1 lagi pandu uji dilakukan untuk memastikan masalah di alami tiada lagi. Malangnya saya dapati stereng kereta senget walaupun kereta meluncur tegak. Kenapa mekanik tidak perasan perkara ini ? Bukan ke perkara biasa yang perlu dilakukan oleh mekanik adalah untuk memastikan kereta berada dalam keadaan baik selepas di perbaiki terutamanya apabila pembaikan yang melibatkan tayar dilakukan ? Apabila minta diperiksa, alasan yang di terima ialah mekanik telah pulang. Sekali lagi saya di minta untuk membuat 1 lagi temujanji keesokan hari utk perbetulkan keadaan stereng kereta ?

Hari ke-4
Hantar kereta ke servis center untuk perbetulkan keadaan stereng. Menunggu di sana sementara stereng kereta di betulkan.

Saya amat berharap keadaan seperti ini boleh di perbaiki di masa hadapan. Saya banyak membuang masa berulang alik ke pusat servis untuk memperbaiki kerosakan kereta yang saya rasa boleh di selesaikan dalam tempoh satu hari sekiranya pemeriksaan menyeluruh di lakukan oleh pekerja yang bertugas. Ini adalah pusat servis ke-2 yang saya lawati dan amat berdukacita dengan pekhidmatan yang disediakan. Sebelum ini saya pernah menggunakan servis di Batu Caves dan amat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Selang beberapa hari selepas servis, saya akan mendapat panggilan bertanya keadaan”post-service” kereta saya.

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

mahu suara kan sesuatu ??