Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Trying to Conceive Event tickers

Thursday, December 1, 2011

Service perodua yang hampeh di Putrajaya

Citer ni dah basi...hehhehhe..bulan bape tak hengat. Myvi tu bunyi2, so kami pi anto perodua service suh check, macam2 plak yg berlaku. hangin jek rasa. Bila dah setel jek, tak puas hati, ummi terus email HQ lah complaint kow kow nye. O bawah ni email yg di tulis.

HQ perodua mmg best. terima complaint hari yang sama call ummi balik and tanya bebetuk apa yg berlaku. Esoknye baru lah produa servis putrajaya call mintak maaf sume....aparah.....maaf jek ? bglah servis free ke...hehehehehehe

Assalammualaikum,

Saya ingin meluahkan rasa dukacita di atas perkhidmatan yang diberikan oleh servis center perodua Putrajaya ini. Saya telah 4 kali berulang ke servis center ini untuk memperbaiki kerosakan kereta saya yang masih dalam jaminan servis.

Hari Pertama
Saya membuat panggilan untuk bertanya tentang kerosakan kereta. Penerima panggilan meminta saya dating ke servis center pada bila2 masa untuk pemeriksaaan kereta tanpa perlu membuat temujanji (kesilapan besar saya lupa untuk bertanya dengan siapa saya bercakap). Katanya nanti akan ada mekanik yang akak membuat pemeriksaaan. Maka saya terus pergi ke servis center seperti yang di arahkan. Setibanya di sana, setelah memberitahu masalah kereta kepada pekerja yang berada di kaunter, saya di arahkan untuk membuat temujanji pula untuk pemeriksaan kereta. Tanpa temujanji kereta saya tidak boleh diperiksa. Kenapa tidak suruh saya terus membuat temujanji (semasa saya membuat panggilan ) untuk membuat pemeriksaaan , sebaliknya suruh saya datang terus ke servis center. Ini telah membuang masa saya.

Hari Ke-2
Saya  menghantar kereta ke servis center pada waktu pagi. Selepas proses biasa dan mendapat resit, saya tinggalkan kereta saya untuk pemeriksaan dan pembaikan yang melibatkan skimming disc brake. Pada waktu tengahari, saya menerima panggilan daripada servis kerete mengatakan kereta saya telah di perbaiki dan saya boleh datang ambil kereta. Saya tiba di sana dalam pukul 1.30 pm. Ketika bertanya untuk mengambil kereta, saya di beritahu pekerja sedang berehat dan di minta datang sekali lagi selepas pukul 2pm. Saya paham pekerja ingin berehat, tetapi kenapa di hadapan pintu  masuk servis tiada di tulis waktu berehat ? dan kenapa semasa panggilan dilakukan tidak di beritahu waktu sesuai yang boleh saya datang untuk mengambil kereta ? Setelah di pandu uji, ada 1 lagi masalah yang masih belum di perbaiki. Setelah bertanya kepada mekanik, dia mencadangkan untuk tukar bearing kereta. Tetapi hanya boleh dilakukan pada keesokan hari. 1 lagi temujanji dilakukan.

Hari ke -3
Seperti hari ke-2, saya sekali lagi ke servis center untuk menghantar kereta. Saya dimaklumkan akan di hubungi selepas kereta saya siap di perbaiki. Tetapi sehingga pukul 5.15 petang tiada panggilan yang diterima. Saya membuat panggilan dan diberitahu kereta saya sudah siap dan mereka terlupa untuk menghubungi saya. 10 minit kemudian, saya menerima panggilan dari servis center mengatakan kereta saya baru sahaja siap dan samaada saya ingin mengambil kereta hari ini atau keesokan hari ? Bukan ke saya dah hubungi dulu bertanyakan kereta saya ? kenapa ada orang lain pula yg hubungi tanya bila saya hendak ambil kereta saya ? 1 lagi pandu uji dilakukan untuk memastikan masalah di alami tiada lagi. Malangnya saya dapati stereng kereta senget walaupun kereta meluncur tegak. Kenapa mekanik tidak perasan perkara ini ? Bukan ke perkara biasa yang perlu dilakukan oleh mekanik adalah untuk memastikan kereta berada dalam keadaan baik selepas di perbaiki terutamanya apabila pembaikan yang melibatkan tayar dilakukan ? Apabila minta diperiksa, alasan yang di terima ialah mekanik telah pulang. Sekali lagi saya di minta untuk membuat 1 lagi temujanji keesokan hari utk perbetulkan keadaan stereng kereta ?

Hari ke-4
Hantar kereta ke servis center untuk perbetulkan keadaan stereng. Menunggu di sana sementara stereng kereta di betulkan.

Saya amat berharap keadaan seperti ini boleh di perbaiki di masa hadapan. Saya banyak membuang masa berulang alik ke pusat servis untuk memperbaiki kerosakan kereta yang saya rasa boleh di selesaikan dalam tempoh satu hari sekiranya pemeriksaan menyeluruh di lakukan oleh pekerja yang bertugas. Ini adalah pusat servis ke-2 yang saya lawati dan amat berdukacita dengan pekhidmatan yang disediakan. Sebelum ini saya pernah menggunakan servis di Batu Caves dan amat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Selang beberapa hari selepas servis, saya akan mendapat panggilan bertanya keadaan”post-service” kereta saya.

Sekian Terima Kasih

Wednesday, November 30, 2011

Dating night

Sometimes, ummi and adam akan luangkan masa untuk pergi dating berdua sahaja. Kalau ummi nak dating berdua ngan babah, adam bising betul tak kasik. kena curik2 dating masa waktu kerja. kalau tidak mmg takde can lah.

So ari tu kami pi Garden kat alamanda. Tu pun sebab before that perasan kedai tu masa nak tengok wayang ari tu. Decoration kedai tu cantik sangat, memang macam kat garden. yang paling best ada buai. Sambil makan boleh naik buai...hehehehehehhe



adam tanya kenapa minum air dalam jug...

kid meal, spaghetti bolognaise

ummi punye, club sandwich

overall food dia ok lah. Boleh lah masuk and makan. Price range standard restaurant lah kan, but luckily ada 10% corporate discount. Adam suka datang sini. Next time kita datang lagi ok.


Chow Chiowwww

Tuesday, November 29, 2011

I Am A MAN !!!!!

woweeeeee.....cam gempak jek title...heheheheheheh...

well...dari awal tahun we all dah borak2 ngan adam tentang sunat ni. So adam pun dah paham sunat tu apa bende sumenya. Tanya punya tanya, last2 dia kata dia nak sunat. Bila orang dah offer jangan ditolak and kitorang pun tak paksa adam.

Survey punya survey ada 2 jenis sunat. 1 pakai laser, 1 lg pakai smart clamp. Menurut kata nurse tu kalau pakai laser still kena jahit and penjagaan agak susah. Yang smart clamp ni plak, takde jahit2 and senang nak di jaga but mahal sket lah. Lepas byk surevy we all decide buat kat An-Nur bangi. Smart Clamp dengan General surgeon RM350. So kitorang set tarikh 25 Dec 2011, pukul 8 malam.







Sebelum sampai klinik, singgah dulu di Petronas, beli lolipop. Sebabnya, adam ada tgk episod Upin Ipin bersunat. Upin makan lolipop sambil doktor sunatkan dia and then Upin kata sakit sikit jek...hehehehehehehe.

Bila sampai klinik, ada dah a few yg tgh tunggu turn. Adam org yg paling kecik sekali. Muka bebudak lain cuak jek...hehehe yang si Adam ni boleh buat muka happy sambil makan lolipop...hehehehehehe. Lepas daftar sume, nurse suh pegi tgkt 1 tunggu turn. Kejap jek tunggu, nurse suh masuk bilik. babah terus baringkan adam atas katil, lolipop masih di mulut lagi.

We all ada record the entire process, tp takkan nak show to public kan. For the first time, mmg horror gak tgk. Nasib baik bius sume, so tak sakit lah masa dr memotong apa yg patut kan. Kalau ummi tau camni, masa baby lagik ummi sunatkan adam. so adam takyah go thru this process. Entire process makan masa dalam 10 minit jek, darah pun sikit jek yg keluar. Lepas setel dr bekalkan ubat tahan sakit ngan lebihan kulit yang di potong. Ada lg kulit tu, nak tanam lupa jek...heheheheheheh

Kalau org lain sume pakai kain sambil jalan terkedek2, adam yang kecik ni kami pakaikan seluar and babah dukung jek terus...heheheh so cepat lah sikit gerak. Sampai umah, bius ada lg so dia bleh senyum lg. start kul 12 malam dia dah merengek dah, sakit katanya kat tempat bius. tempat potong tak sakit pun. The entire night dia dapat tido kejap2, itu pun kami buka kan seluar dia kasik kena kipas so dia lega sket. datang sakit balik nangis lah dia. Kul 3 pg, bg ubat tahan sakit sekali lg, and dlm kul 5 pg baru dia ckp dah tak sakit and dia nak tido. tahan lah sampai kul 8 pg. Ummi ngan babah dah sakit kepala sebab tido terjaga2 sepanjang malam.

Siangnya dia sakit lg, nak bg ubat belum waktunya lgagi. Last resort kami rendam kan adam dalam besen...hehehehehe....sebab bebird tu menegecut and dia tak sakit lg. Rendam lah dia dalam tu sampai kecut ...kekekek yg penting adam tak sakit lg. Pegi mana2, babah tolong dukung, dia main order jek nak apa2.

Malam 2nd day, dah bleh tido agak aman walaupun dia masih merengek tp takleh seteruk malam pertama tu. Malam kedua pun kami kasik bukak seluar and bebird free air, so lega sket. yang bestnye, baru malam ni babah teringat zaman dia kecik2 dulu masa sunat, bila sakit guna tempurung kepala ketuk lutut. Dah takde tempurung kami guna mangkuk ikea yg kecik tu. Satu keje malam tu laki bini duk mengetuk lutut sorang sebelah bila adam merengek sakit...hehehehehehehehe

Now adam dah boleh jalan sendiri, tp slow2. Rabu ni nak pegi klinik balik untuk bukak clamp tu. Hopefully nanti senanglah nak bukak. kalau tak jadik cerita lain plak nantinya.

bius masih ada skit2 masa ni

Friday, October 21, 2011

Kidz on Board at MMU...

last 2 weeks MMU ada konvo..ada colouring contest for kids. So MMU dah select a few kindergartens untuk join including Real Kids Cyberjaya...Ummi ngan babah takleh nak visit sebab Cik jol ckp parking susah..org tgh Convo lah katakan. So Cik Jol jadik wakil untuk Ummi tgk adam...

Glad to say ....adam win no 3...dalam categori sekolah dia. Nak kasik adil setiap sekolah ada no 1-3. Ok lah tu ....kira ada status kejayaan dia situ....I am so proud of you adam..next time boleh dapat no 1 ok...hehehehe...

sungguh2 adam buat colouring..abis dulu tu...hehehe


ramai bebudak dari few schools

congrats adammmm

Thursday, October 20, 2011

Adam's Dictionary


ada a few words yg Adam sebut and kitorang tak paham apa maknanye. And sometime ayat penuh dia amatlah kelako...Ini lah bahananya bila dia dengar words tu first time and bila dia nak sebut balik dia main belasah jek...Antaranya ialah :-


Chow Chioww = Cincau
Ayat Adam : ini nama dia air Chow Chioww kan ummi ???

Anak Panah = Anaconda
Ayat Adam: ummi ingat tak citer Anak Panah yg kita tengok dulu..alal yg ular besarrrrrrrrrrrr tuuu!!!!

Spesies = Sepesen
Ayat Adam : Ummi, muka kakak tu cam penah tengok lah...spesies muka ummi.....

Nampak Muda  (dikala dia melihat nenek pakai seluar)
Ayat Adam : sape tu ummi ? nenek ke ? nampak lain lah, nampak muda...cantik.....

Kakak = Nenek
Ayat Adam : mana nyaei..eh...ermmm....kakak yang dengan atuk tadik ek ummi ?

Majalahlah lawak = Maharaja Lawak
Ayat Adam : Adam ni kelakar tau...adam boleh masuk majalahlah lawak tau......

Tersepit
Ayat Adam : adam nak tidur ngan atuk...tapi atuk tu macam tak sedar jek ada orang kat tengah2...tersepit adam....tak best lah..nak tido ngan ummi boleh?....

Edisi Kes = Edisi Khas
Ayat Adam : Ummi..cepat cerita Edisi Kes dah start ni......

Petromas = Transformers
Ayat Adam : Ummi isi minyak kan..adam nak beli petromas tau (isi minyak bleh beli transformers toys rege murah)

ada lagi tp dah terlupa...akan di update bila ingat balik....

Wednesday, September 21, 2011

Arf & Craft contest....

fuyoooo...bunyi cam gempak jek kan..contest tu...Adam masuk contest tu...heheheheh

Well actually hari tu adam menang colouring contest dekat sekolah dia. So teacher select dia utk masuk Art & Craft contest under 6 years old category. The theme is "Cartoon Character". Adam sgt lah seronok pabila di kata kalau menang dia dapat hadiah.

OK..this is a big problem. Ummi ngan babah ni mmg tangan kayu ok. Kalau tak takkan lah Cik Yat ngan Cik Ain kutuk habis-habisan creativity ummi mendesign kek adam kan....muahahahahahahhaha. Camne lah adam bleh masuk contest melukis plak ni. Busuk giler ummi ni kan tak yakin dengan kebolehan adam sendiri...heheheheh..

Pikir ummi pikir...camne ni. Ummi suggest lukis gambo Sponge Bob jek. Sebabnya ummi rasa tu yg paling senang kot. Adam pun ok jek. Lagi mau ummi tunjuk camne nak lukis. Aiseh man...camno ni..Kita google dulu....."How to draw sponge bob"..YESSSSS...tq pak google. Kasik print and tunjuk kat adam.

Pass paper tu kat adam and suruh adam tgk . Ummi tlg teman adam and tunjuk apa yg patut jek lah ek adam. Ummi tak gheti sgt pungs..Mau jadik bende lain kalau umi lukis nanti. Yang si adam ni plak, asal suh praktis dia malas..balik2 alasan dia "Adam tau lukis lah ummi, adam ingat dah kaler2 sponge bob". wokay lah, if you say so baby..

Finally, masa sudah tiba. 18 Sept 2011 di Sunway Pyramid , 6.00pm. Kul 4pm dah sampai dah. Takut lambat punye pasal, pegi makan dulu baru pegi register kan adam. Oooo by the way, they all akan lukis atas T-shirt and bukannye kertas biasa..nak lain dari yg lain lah kot.

 Unfortunately Adam tak menang. It's ok Adam. Ummi tak kisah and ummi still proud of Adam. Ini kira good exposure utk adam and you are one of a lucky boy to have this opportunities...heheheheh. Since adam has the courage utk masuk contest ni, ummi lah yang belikan hadiah utk adam. Dapatlah dia phone holder angry bird kegemaran dia...heheheheh..

layanlah gambo semasa contest tu ek...








Chow Chiowww

Tuesday, September 20, 2011

Gym or Jean ???

Hari ni Adam ada concert rehearsal dekat Club Community. Last week teacher ada bagi memo regarding this rehearsal. Even semalam pun teacher wendy dah remind kat ummi suruh send Adam straight to Club Community hari ni.

So pagi tadi lepas mandi, Babah pakaikan Adam school uniform as usual

Adam : Bukan baju ni Babah. Teacher kata pakai Jean..


Babah : yeke ummi ?


Ummi : Takkan lah teacher suruh pakai suar Jean. Hari ni still school cuma Adam pegi rehearsal dekat club community sahaja.


Adam : taklah ummi. Teacher says pakai Jean. Adam tak tipu...


Ummi : Takdelah....pakai jek uniform dulu. Nanti Adam bawak spare suar Jean, kalau betul baru tukar ok.


Adam : ummi ni......

Sekali sampai jek kat community club tu ...

Ummi : (dalam hati)...alamak....bebudak ni pakai baju sport lah plak..


Adam : (muka dah tarik muncung dah...)


Teacher Wendy : Hi, morning


Ummi : Morning, Adam says today kena pakai suar Jeans , betul ke ?


Teacher Wendy : Jeans ???...oooooo GYM...not jeans...


Ummi : Alamak...I heard Adam ckp Jeans..(masa ni adam duk luar pintu takmo masuk dah..matilah ummi camni....). I tak terpikir plak baju GYM...heheheheh


Teacher Wendy : Its ok...takpe...Adam...jom masuk..its ok...


Ummi : Its ok Adam. Teacher tak marah...(adam dah nak start lari dah ni....sempat Teacher Wendy tarik peluk dia masuk..and ummi terus lari sebelum adam buat drama kat situ)

Matiklah ummi. Sure Adam bebel ptg ni ngan ummi. Sorry yerk sayang..Ummi pekak sket pagi ni..huhu...malam ni ummi banjer Adam makan best. Nak makan apa pungs makan lah ek...I love youuuuu..


ni lah baju GYM ummi...bukan Jean.....

Chow Chioww

Friday, September 16, 2011

Satu Hari Di Hari Raya...

Seperti biasa...pagi raya pertama kita beraya di Kg Sg Tua dulu yer. Ptg baru gerak pi PD and then terus pi balik Muar. Masa kami sampai, Kak Ayu and family dah tiba dulu. Sampai jek mandi manda, tarik tilam keluar and apa lagi, tidoooo time.....ponat jalan 1 hari.

And seperti biasa...cam acara tahunan plak, oyeen kene "Bendera Merah"...heheheh...nasib di pagi raya pertama, tp ari tu dah dtg gak masa bulan posa tu...hmmmmm...mengong dah..

Raya kedua balik rumah nyaei and atuk plak serta melawat sedara mara di sekitarnya. Kami mak pak ni dah penat berlengas ngan baju kurung memasing dah ni. Bebudak ni lah yg paling seronok sekali. Tambahan plak dapat duit raya. Tapi yg tak tahan nye adam punye scrip masa di rumah Wak Jom


Adam : Waa......dapat rm2.....bagussssss...(rasa nye umi jek dengar ni sebab umi sebelah adam)

Ummi : (sengehhhhhh)..heheheheh

So next pi umah Wak Yama plak....masa nak balik adam dapat duit raya. Dia bleh bukak depan2 org tu..

Adam : Seringgit jek ummi.....sikitnyeeeeeeeeeeeeeeeeee (sekuat hati dia cakap ok and depan2 org ramai ni..)..

Ummi : adammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....huhuhuhu...

Buat malu betul lah adam ni. Padahal dah warning dlm keta jgn bukak duit raya depan org....huhuh.... Ni lah bahana dia dah tau value duit sikit dan byk. Sudah semestinya dia nak banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk...sabo jek lah kan...



Chow Chiowww

Wednesday, September 14, 2011

Lets Party...

At first malas nak buat makan2 tahun ni. Reason being, penat ooooooooo walaupun puas hati gumbira tengok org makan dengan bahagia. But ada a few jirans yg dah invite kitorang gi makan2 ke umah depa, so rasa tak sedap plak tak ajak depa datang umah plak. So since besday adam pun dalam bulan ni gak, we all decide buat jeklah besday adam and ajak sedara mra ngan jejirans jek. To other friends sorry ek....tak jemput ke umah .... y ou all invited bebila masa jek. Kalau agak2 nak makan best call ler dulu sebelum mai..kalau tak makan chocomon jek lah kamu...heheheh

Orang lain selalu buat besday party ada tema...kengkonon nak tema gak...so tema besday adam ANGRY BIRD..hehehe...nak ikut tema sgt lah kononnye sampai belom pun ghupe angry bird...hehehehe. Tapi itulah satu2 nye menunjukkan tema angry bird selain kami anak beranak pakai baju angry bird..hehehe



Nak save budget, kek buat sendiri lah. Nak design tak gheti kita buat asal cukup korum dan tema jek lah. So ini lah hasilnye....jeng..jeng...jeng...


terlupa yellow angry bird..huhuhuh
Adam malu nak tiup lilin, so ajak hamim sekali tiup lilin. if adam was born on 9 sept, hamim plak 8 sept. beza exactly setahun since adam tahun 2005 and hamim 2006. Ingat lagik masa tu kami pi melawat Cik Yat and Hamim sehari sebelum celebrate besday adam yg pertama.

excited nak potong kek, tp sikit pun depa ni tak makan kek...huhuh

Bosan asyik makan nasi impit ngan lodeh jek, kami plan menu western meet oriental. Tak sompat nak amik sume gambo makanan ler, kelam kabut siapkan menu sebelum org sampai.

  • roasted rosemary lemon chicken with mushroom gravy- nak roasted burung puyuh takut org tak makan plak, kata tema ANGRY BIRD kan
  • grilled lamb
  • sosej
  • potato salad
  • coleslaw
  • lasagna
  • laksa johor
  • popia
  • lemang + rendang daging - sponsor by BAK...thanks BAK...
  • fruit cocktail
  • lemon soda drinks - akhir2 dah rasa cam air kosong plak, babah letak air byk sgt.


ni jek gambo makanan yg ado...

start kul 3. By 6 org dah clear...hehehe....legaaaa....cepat sket bleh kemas2. makan kejap jek, tapi nak menyediakan makanan dari kul 7 pagi..hehehehe.

Adam dah tak sabo nak bukak hadiah, abg faris pun sama. Dah siap ckp ngan ayah dia yg nak balik selepas adam buka all the presents...hehehehe


suka betul dapat hadiah
Cik Ain adam suka betul dapat beg ANGRY BIRD. Selamat umi takyah beli beg sekolah..wakakakakka. ke hulu ke hilir dia praktis bawak beg tu yg dah 3/4 dari ketinggian dia...hahahahahah.... Hamim adam says tq for the stationary set. Terus asah pensel and sume masuk dlm beg ready nak show his friends kat school.

To my beloved biras and ipars...tqssssssssssssssssssssssssssss sebab tolong yer. Seperti biasa, tiada kamu tiadalah open house saya...wakakakakak. lenkali kamu dtg utk makan jek..takyah wat keje....kekekekek

To those yg bg hadiah and duit raya kat ADAM, terima kasih daun keladi, kalau sudi, next time bg lagi...wakakakakakakakka.....

Chow Chiowww


Friday, September 9, 2011

Happy 6th Birthday Adam.............

Happy Birthday To youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Happy Birthday To youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Happy Birthday To Adammmmmmmmmmmmmmm
Happy Birthday To youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu





Hari ni adam dah 6 years old. Besau dah anak ummi, tapi tido still bawah ketiak ummi..camnolah nak dapek adik camni....hehehehe. Takpe, bg can..kang dah besar dia takmo dah tido ngan ummi, ummi plak tido bawah ketiak adam ek....hehehehehehehe

Party Pack memang dah siapkan dari minggu lepas lg. Balik dari Muar terus pi Cowboy beli jajan. Murah - murah ok and boleh beli secara bundle. The day after tu pergi Plaza GM carik plastik party pack, sticker and balloon. Memang murah. Kalau sticker tu 1 keping RM1, tp kalau beli minimum 50 keping jatuh RM0.40. Baik beli minimum terus sebab mmg nak beli byk pungs.

Adam nak bawak kek pi school. Katanya nanti friends dia sing birthday song to him. So since ummi nak jimat, ummi made first attempt buat kek sendiri...hahaha. Memang ler penah buat kek sendiri , tp ghupenya tak semengah cam nak tunjuk kat orang kan. So belasah jek lah.

Bende-bende asas


Selepas di bubuh topping
Kira boleh lah ek adam...heheheheh yang penting you enjoysssss

Chow Chiowwww

Thursday, September 8, 2011

GARBAGESMELL!!!!!

Best memang best...

semalam we all pi tgk citer The Smurfs....best giler ok...especially AZRAEL the cat..lawak tak hengat betul kucing tu. Citer ni memang direcommend kat sume org especially seusia ngan oyeen ni. Maklumlah, membersar dulu dengan citer kartun Smurfs, Gummi Bears, Popeye, Woody wood pecker...byk lagiklah. Dulu dah kira best dah tgk kartun camtu. Zaman tu mana ler ada citer ala-ala Toy Story nie...



watch the trailer...dun forget...


Chow Chiowwww

Wednesday, September 7, 2011

To the left to the left

We all takde lah tengok maharaja lawak ni..almaklumlah tak subscribe channel warna astro tu.....

But one day masa kami makan udang yg sedap di Kuala Sepetang, kedai tu on ulangan cerita maharaja lawak and masa tu Nabil punya turn....walaweee....rasanya ni yg paling best sekali...adam sampai sekarang ingat lawak ni...

so enjoysssss



Selamat Hari Raya..

Dah lebih seminggu raya baru nak wish yer....kira boleh lah......so SELAMAT HARI RAYA semua..dari adam and family....

In summary adam hanya tinggal 4 hari sahaja puasa yer, so kepada kaum2 perempuan yg byk tinggal puasa dari adam sila amik iktibar yer..hahaha...ummi dia pun tinggal puasa 7 hari..takpe..cuti yg wajib dan wajib ganti di kemudian hari.....


budak yg moody di pagi raya ajak bergambo...hehehehe

Chow Chioww

Wednesday, August 24, 2011

Day 22 Puasa

huhuhuhu...dah 22 hari puasa baru nak update ek...kekeke.....

so far adam baru tinggal 4 hari puasa...tu pun kes tak terbangun sahur and kes dia dah haus tahap gaban walaupun dia kata dia tak lari...."adam duduk jek tp adam haus sangat ni...boleh lah buka...tak tahan ni....".. so kasik can lah kan...

babah dah pegi out station pagi tadik. Puas babah pujuk kami pegi sekali. Ikutkan hati ummi ngan adam pun nak itut...tp ikut akal fikiran CHOCOMON tak siap lg ni....wakakakakakka....so kami tinggal lah 2 beranak. Buka malam ni nak tanya tokey tekak adam tu nak makan apa...buka luar pun best gak...nyeh nyeh nyeh....

pengorder2 chocomon yg belum dapat..dun worry ek..walaupun bekalan badam ngan yummies dah habis..akan di carikkan jugak badan sampai dapat.....


chow chiowwwwwww

Dating...

Since babah takde..adam ajak pegi dating..bleh...hehehe

So oyeen bawak dia pi alamanda lah apa selepas mengharung jem pi amik badam kat yummies bangi. Sampai dah kul 7 malam, mmg konpem lah takde tempat makan kan. Adam plak nak makan kat RASA...hehehehe dia refer foodcourt kat alamanda tu RASA.. Nak makan claypot chicken rice favorite dia lah.

Since takde tempat, kami pi Big Apple beli donut dulu. Ada tempat kosong..cantik...kita buka sini jek. Beli Donut 3 keping  ngan ice blended strawberry..sedap...nak amik gambo hp tinggal dalam keta plak.

Pass makan donut, kami round RASA balik. Makan nasi ngan soto...abis seclaypot dia makan sorang.

Kalau dah sampai alamanda tak melawat Toy's R Us tak sah lan kan. Bak kata Adam "Tengok jek, promise tak beli"..ok..kita tengok jek. Tp bila dah buat muka kesian beli kan jugaklah . This time beli Do IT YourSelf fridge magnet bentuk dinasours. So esok kita buat yer....

Chow Chiowwww

Friday, August 5, 2011

Day 4 puasa

OOO tidak....ari ni ummi yang flat. Tak larat betul nak bangun pagi tadik. Sahur pun ngan mata tertutup jek. tekak pun dah makin sakit ni. Told KAKAK, ummi keje from home lah today. tak larat betul and badan pun dah rasa suam2 panasnye.

Kalau ummi dah tak pegi keje, maknanye adam secara otomatik takkan pergi sekolah...hahahaha...sukalah dia duk umah. Tapi yg tak bestnya bangun tido dia dah berzikir lapo...adeihhh...kat school takdelah plak seawal ni dia berzikir. tempting tengok peti ais penuh makanan kat umah ni lah tu.

Kesian pun ada, lg pun dia masih batuk and selsema. So saja uji dia suruh tahan sket lg puasa.

Di kala jam 11 pagi....


Ummi : tahan sket lagi lah adam. kat school adam tak lapo pun kat umah ada lapo plak. Nanti cik jol taknak beli hadiah besar nanti camne ?


Adam : kan adam dah puasa penuh 3 days.


Ummi : baru 3 days, kita kena puasa 30 days ?


Adam : huh!!..lamanya 30 days, adam dah lapar ni.....tekak pun sakit..


Ummi : ok adam boleh makan tp tak boleh makan ice cream . makan coco crunch dulu ok.


Adam : OK. Tapi ummi jangan ckp cik jol adam makan tau.


Ummi : ish..mana boleh ckp bohong . Allah marah kan..


Adam : haah. tapi ckp cik jol adam buka sebab adam nak makan ubat. adam sakit tekak. Beli hadiah kecil pun boleh...


Ummi : hahahahahha....boleh plak camtu ek.....



so selesai lah sudah puasa adam untuk hari ke-4. Kasik can lah, sakit.....dah puasa 3 hari pun dah cukup baik. Ummi ngan babah masa age adam tak posa langsung...wakakkakak

Chow Chiowwww

Thursday, August 4, 2011

Day 3 Puasa

Pagi waktu sahur adam makan banyak sangat. Tapi dia dah mula batuk2 and sakit tekak. Tapi dia still nak puasa. So ummi cakap kalau tak tahan and sakit tekak sgt, nanti buka kat sekolah. By the time we all pick him up, adam cakap dia masih puasa and batuk semakin teruk. Terus bawak klinik, dah start demam dr kata. So dr bg segala ubat yg berkaitan.

Since waktu bukak pun tak lama lagi, ummi suh dia tahan sket lg. Seperti biasa, babah lekakan dia ngan main wii supaya dia tak berzikir. Menu hari ni atas permintaan adam jugak. nampak gaya bulan puasa sume kena ikut tekak adam...hehehe

Mee hun sup
drummet ayamas
cucur udang
keropok
mee siput goreng
air sirap bandung

Selera sungguh dia makan. Memang favorite dia mee hun sup. Tambahan plak dia yg tukang tumbuk bawang tadik...heheheheh...kerahan tenaga free.. 2 mangkuk tambah. Lepas makan terus makan ubat and mandi. Ingatkan dia bleh tido awal sket makan ubat batuk. Takdenya...dia masih bertandak sampai kul 12 okay. memang tahan betul mata dia.

Takde lawak yg adam buat ari ni. rasanya dia tak sedap badan so relaks jek.

Ummi plak dah mula sakit tekak. Ni jangkit adam lah ni, badan pun rasa tak sedap. Hopefully esok ok lah.

Chow Chiowwww

p/s : takde gambo asyik lupa jek...heheheh

Day 2 Puasa

hari ni adam berjaya puasa penuh lg walaupun pukul 6.30 ptg dia dah berzikir lapar...hehehehehehehehehe. Babah lalaikan dia dengan bermain wii bersama2. lega ummi , tenang sket nak masak kat dapur. Menu hari ni

Asam pedas ayam daun kesum
ayam masak kicap
udang goreng kunyit
kacan botol
air sirap laici

Di kala jam 7.25 ptg, tv dah kuarkan doa berbuka puasa..adam dah get ready kat meja makan

Adam : Aminnnn....emmmm sedapnye air ni....slurpppppppp (sambil menjilat ais yg terkeluar)

Ummi : heiiiii...belum buka lagiklah...jilat pun tak bleh tau..

Adam : Tapi kat TV dah baca doa..dah bleh makan lah..

Ummi : bukanlah..adam kena tunggu sampai orang azan dulu..

Adam : yeke...lambatnye....lapo ni...

Ummi : hahahahahahhahaha...saboooo sket jek lg...

Lepas makan tersandar dia sambil tgk tv. Lepas tu bangun mandi nak ikut babah pegi terawikh kononnya. Lpeas org selesai solat isyak dengar orang balik rumah. Rupanya adam balik, babah kata adam ckp dia penat lah, nak balik baring. Tp takdenya baring, dia bertandak lg kat umah adalah...hahahahh....tunggu cerita hari ke-3 plak..

Chow Chiowww

Tuesday, August 2, 2011

Day 1 Puasa

Alhamdulillah...1 August 2011 umat islam di malaysia dah mula berpuasa. Tahun ni adam pun nak puasa juga. As incentive ummi dah janji for every 1/2 day puasa adam dapat 50 sen and kalau penuh 1 hari dapat 1 ringgit. Seronok dia bila Ummickp camtu terus nak puasa penuh 1 hari.

Adam : lima puluh sen tu berapa ummi

Ummi : Fifty cents. (takdelah ckp english berabuk pun adam..tp dia dah biasa number in english so bila bm dia blur sket)

Adam : ooooo ok, tapi adam nak one ringgit..nanti bleh simpan banyak2..adam bleh pegi tuisyen.

Ummi : ok.....good boy (adam nak masuk kumon..tp taun ni budget Ummi lari, so aku ckp ummi kena keje lebih nak cari extra money....)

So on his 1st day Sahur, dia taknak makan sangat, ngantuk pun ye jugak. Pagi masa pegi school ummi pesan kat dia, 'Kalau lunch time adam lapo , adam bleh minum air dan makan ok ' . Adam angguk jek. Dalam hati ummi mesti tak larat ni sebab dia sahur sket jek tadik.

Ummi plak bleh ari ni giler sakit kepala...adeih...angin lg..dah burp sepanjang hari. kalau bleh hantuk kat dinding lama dah hantuk kasik lega. Bertahan lah sampai ptg. Masa pegi amik adam kat school pun babah yg turun, ummi dah pengsan dalam keta...heheheheh..

Adam : Ummi, adam puasa lagi..

Ummi : huh..ye ke...waaaaa...cayalah....so ari ni ummi masak sedap untuk adam..adam nak makan apa ?

Adam : Adam nak sup ayam.

Ummi : ok set...dengan noni ek. Air apa adam nak minum ?

Adam : air sirap..tp takmo sejuk tau..adam sakit tekak...

Ummi : wokay..ummi buh laici dalam air sirap ek..

Adam : ok

Balik ummi mandi kasik sejuk kepala, tampal koyok and mulakan memasak. berdenyut2 betul kepala..

Di kala waktu 6.00 PM

Adam : (nangis dah masa ni)..Adam lapo...dah boleh makan ke ?

Ummi : alamak....blom lg adam...sket jek lagi...kul 7.30 ok.

Adam : Tapi adam lapo.....(terus naik atas balik sambil amik kotak biskut belanda)

Ummi : eh adam nak buat apa biskut tu ?

Adam : Adam nak pegang jek..

Ummi : huhu...takyah lah..letak balik ok..

Adam : yelah....(letak balik and sambung nangis sambil naik atas..)

Sat lagik dia turun balik...ummi suh babah pujuk dia...sambil tu dia pegang botol Pringles plak....

Adam : dah bleh makan ke ummi...

Ummi : Blom lagi..sket jek lagik..adam buat apa amik pringles ni..

Adam : adam tak makan...adam pegang jek......

Babah : Sket jek lg adam..Ok jom kita gi jalan1 carik kuih..

Di kala jalan 7.20 pm.....adam balik ngan babah bawak balik ari bubble favorite dia. Ummi dah sejukkan nasi ada...terus adam bubuuh sup ngan noni . Azan jek, dia baca bismillah tak sempat doa dah. Terus makan nasi, ummi plak tahan suh minum air sket dulu. serius dia lapo and bukannye dia haus.

Babah : ummi tau, tadi dia dah siap jilat botol Pringles...wakakakka

Adam : lorr yeke...heheheh nasib baik bukan jilat pringles terus....

Memang tak sangka dia bleh tahan puasa. Ummi dulu pun darjah 1 baru start puasa..ni 6 tahun pun belum genap lg. Terharu..bangga...gembira...sume ada bila tengok adam berjaya puasa ari ni. Malam pun ikut babah pegi terawikh siap komplen dia solat tp budak lain sume main jek...hehehehe.


              Muka puas hati dapat makan ice cream sebelum pegi terawikh

So kita tunggu cerita adam di hari ke -2

Chow Chiowwwww